Thursday, October 7, 2010

24 ciri- ciri orang yang mencintai kamu...




Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu
adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Thursday, June 17, 2010

Wedding Supiah & Khairul









Beberapa gmbr dari job yg lepas....tahniah kepada Sue & Khairul semoga kekal bahgia ke akhir hayat...



Demam...


semua orang penah demam kan macam tu lah gak dgn jack.. arini rse tak larat nk keje da ler badan rasa panas n x seddap badan lepas tu kne bgn awal palk sb ad mender yg nk kne settlekn awal pagi sebelum board director meeting...
hurm... macam2 dgn org2 skng ni ble org besar2 nk dtg bru la nk buat itu dan ini bg nmpk y diorg buat keje padahal.. nan ADO...
lps tu kuli2 jgk ler yg berhempas pulas siapkn semua..y diorg taw siap..walaupun job request tu diorg bg da ptg yg diorg taw siap hampeh kn perangai cam tu.......
cam haram rse nyer.. huhuhuh



Lau demam mesti sakit pale n sakit tekak kn huhu.. time ni bru ler nk minum air bnyk2 tp tak ad guna nyer sbb da mmg nk sakit tetap akn sakit kn huhu,,,,
tak suker sakit lau sakit bnyk keje akn bertambah2 menanti huhu tak suker nyer..........

harap2 akn cepat sembuh huhuhuhu

Thursday, April 29, 2010

My Office Area



Seperti yang d janjikan jack upload pic-pic yang jack snap mse jenjalan kt area opis jack he so korunk tgk ler yer











Thursday, April 22, 2010

Experince kt Opis baru..

So arini genap 3 ari kau kt opis baru. ceh,.. bunyik cam da bertahun jer kn kt opis ni he3...
Btw A lot of thhing da hapen walaupun da 3 hari.. 1st get to know my very sascartic clicks Kak Sab y giler dgn teman2 seopis y tak kurang gilernyer ....hahha adoyai pecah prot melayan diorg ni taw he3.
kak sab dgn otak giler2 dier, kak hazalina y tgh sarat pun tak mo kalah dgn lawak bodo diorg tu.. mmg hapening abis opis ni.... mau tak nyer ari kedua jer siap ad drama sebabak ttg pergadohan siap dgn saound effect jerit dgn nyaring cam nk pecah gegedang tinge aku ni he3...last2 siap ada budak berhenti lg dgn seriousnyer pergadohan tu hah... adoyai..macam2 terjadi he3...
2nd pergh nk jalan bukan men jauh nk g toilet n kantin mmg kne pikir bnyk kali supaya tak kne g 2 -3 kali huhuhu
2nd day jer aku da ubh kedudukan opis ni y serabot hahha atleast tmpt aku lbh selesa .. nk buat keje pun tenang nk ngulo apetah lg hahha.. so guys...nk ngulor kt tmpt aku ni pun kne ati2 huhu sb bilik owner resort ni kt sebelah aku jer huhuhu....wat ever pun harap tmpt keje ni havoc mcm ni ...sampai aku benti nt he3 sb kt opis dlu ak ux bole nk bising2 he3 maklumler sensorunk jer.. he3
so guys sory xder pic nk upload next time aku upload pic ok.. sb tmpt ni mmg bnyk tempat nk bergambar best giler 2 ari aku abis kn mse dgn jalan2 jer.. tu pun tak puas jalan lg..tp mmg tmpt ni best abes..... tggu aku upload pic ok esok ker....tgk ler lau rajin n tak bnyk keje. sampai sini jmper lg da.... hope pembaca blog kirrule ni sihat selalu.ok daaaa......

Friday, April 9, 2010

Singapore Trip.. series 1












hi guys...
Gambar-gambar ni adalah rentetan semasa jack bawa teman jack dr Grik, Perak untuk bercuti ker Singapura. so ni adlah sebagian gamabr ad lg nk masok he2 ... layan...
1 . Tiramisu paling best kt JB tp sianz apis x dapat mkn da bis ble kami sampe sne
2 . Gambar kt Monster cafe bukit indah JB
3-8 . Gambar kt Resoran Italy favourite jack, makanan paling best di area Perling
9-13. Gamabr di Esplanede Singapore, huhu time ni ujan lebat so x leh g memaner.. kami lepat kt roof top sambil charge henpon he3
14-15. pic kt depan Ngee Ann City, Singapore.
16.NI ler apis he3

Friday, April 2, 2010

Hujung minggu yang Bosan..




Hujung minggu kembali.. jack tak taw nak buat aper lagi minggu ni. lau minggu yang sudah jack ke KL then trus ker Singapore. So ad ler plan. minggu ni jack stay di rumah nk settlekn keje2 y banyk tertanguh.. album kawen klien-klien dan web compny jack spinzer tu yan gx siap2 lagi.. WOW wat a hectic day....hurm.....which one nk start dlu ni.. ble makin bnyk keje makin malas jack di buat nyer.. tataw mana satu nk buat dlu..huhu sebelum start buat keje kne buat lagu2 yang bole menaikan semangat dlu he3

Lepas bangun tp trus buat sarapan tuk org tersayang dan trus kejutkan die tuk bersarapa nkt rumah dgn parents jack he3 seronok dapat bangun pagi n buat sarapan tuk org y kite syg. lps brekfas bersama2 org tersyg trus jack on PC dan ber"fesbuk" sekejap n trus bukak software ape32 y patot tuk mengedit pic2 org kawen he3 hurm..sticky album tak carik lghurm any idea x mner nk carik album2 kawen y cantik2 .. jack da buntu nk carik album cz payah sgt nk carik kt JB ni huhuhu ni..

oklah x yah cter pasal ni... cme nk meluahkan rse busan jer kt member2 blog he3..klh jack nk buat keje ni da.. diharapkn ember2 semau happy di samping org tersyg .. da...