Thursday, May 21, 2009

Makan Suap

Makan SUAP!!!!!



Makan Suap Disini bukanlah bermaksud Rasuah atau sebaliknya. akan tetapi hari ini aku terpanggil untuk berbicara tentang budaya masyarakat sekarang yang lebih senang di “suap” dari berusaha mencari sendiri ilmu atau info-info yang mereka kehendaki. Budaya makan suap ni bukan sahaja menunjukan bahawa masyarakat melayu kita sendiri malas berusaha malah tidak bersifat ingin bersaing bagi mendapatkan ilmu dengan atas usaha sendiri.

Bukanlah tidak mahu menolong bangsa sendiri akan tetapi bila terlebih disuap mereka akan senang malah terbiasa dengan suapan berbanding ingin memiliki dengan sendiri. Maka pengakhirannya mereka akan ”buncit” dengan hasil titik peluh orang lain. Mereka juga akan tiada semangat juang untuk diri sendiri. Memanglah orang-orang yang terdahulu pernah berkata ”tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima” tetapi tidaklah seharusnya kita hanya menerima tanpa apa-apa usaha dalam mencari sendiri penyelesaian.

Bukahkah dengan kemodenan dunia sekarang dunia kita hanya di hujung jari. Internet ini bagaikan gudang yang penuh dengan segala infomasi-infomasi yang kita perlukan. Bukan sahaja bekaitan pelajaran malah hal-hal berkaitan hidup, kejayaan dan pelbagai rencah kehidupan manusia terdapat di situ, apa yang diperlukan hanya sedikit masa untuk mencari. Bukankah mudah hidup ini, bayangkan manusia – manusia terdahulu tanpa internet dan sebagainya mereka masih boleh berjaya tanpa ini semua. Blog ini juga merupakan sumber dan gudang ilmu. Ramai ”bloger-bloger” yang berorientasikan ilmu. Jadi beruasaha lah atas titik peluh sendiri agar kita lebih menghargai daya usaha kita.

3 comments:

razzi@ajeet said...

wah.. maksud mendalam sangat.. hehehehe

Kirr_rule said...

org melayu kiter penuh dgn kiasan.bertegur secara halus...so sesaper yang terasa tu pepandai ler brubah. bkn aper bangsa kite ni da semakin ketinggalan. rambut jer sama hitam hati tuhan jer yang tahu.

apis geriqueee a.k.a reporter PROPARAZI said...

wah..i like dis style..harus gne kan strategi carotan secara halus..
kompem org yg terasa mkn dlm hokayyy.
luke yg xble diubati sbb kena carotan secara halus..sesuia sgt2 utk org yg suke PROPA bagai